BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »


Saturday, February 20, 2010

AYAT KURSI


KELEBIHAN AYAT KURSI

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.


SABAR ITU INDAH......


Menghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlak orang-orang mulia. mereka menghadapi kesulitan hidup dengan berlapang dada, tidak mudah menyerah, serta penuh kepercayaan diri. kerana itu, jika kita bersabar, apa lagi yang boleh kita lakukan?

Apakah anda mempunyai penyelesaian yang lain daripada bersabar?Dan apakah anda mengetahui senjata lain selain daripada kesabaran untuk menghadapi persoalan hidup?

Suatu ketika seorang tokoh menghadapi pelbagai musibah yang datang silih berganti dalam hidupnya dan juga berbagai kesulitan yang berlumba untuk menghancurkannya. setiap kali selesai daripada satu kesulitan, kesulitan yang lain pula datang mengunjunginya. meskipun demikian, ternyata ia mampu menepis segala kesulitannya itu dengan penuh kesabaran dan menjadikan kepercayaannya terhadap Allah sebagai perisai diri daripada kehancuran.

Demikianlah yang dilakukan oleh orang-orang yang mulia dan terhormatitu dalam berjuang melawan setiap dugaan dan mencampakkan semua kesulitan hidupnya terkapar di atas tanah.

Bersabarlah! Akan tetapi, ketahuilah bahawa anda tidak mampu bersikap sabar, kecuali atas pertolongan dan taufiq dari Allah. bersabarlah sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya pertolongan Allah, orang yang tahu akan sebaik-baik tempat kembali, orang yang mengharapkan pahala, dan orang yang mengharapkan terhapusnya dosa. Bersabarlah, meskipun anda menghadapi pelbagai persoalan hidup dan menghalangi jalan yang akan anda tempuhi. sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.


WARNA CERMIN DIRI ANDA!!!!


Warna pilihan atau kesukaan memainkan peranan dalam mentafsir sikap dan personaliti seseorang. apabila saudara cenderung meminati sesuatu warna, saudara seolah-olah sedang mengambarkan sikap atau keperibadian saudara sendiri. warna pilihan tidak semestinya sama dengan warna personaliti diri. ia mungkin lebih mengambarkan kecenderungan daya pemikiran dan kemahuan seseorang. sesuatu yang saudara minat atau suka kemungkinan adalah sesuatu yang bersifat berlawanan dengan warna personaliti saudara. dalam erti kata lain, warna yang saudara suka adalah sesuatu yang tiada pada saudara. fitrah manusia membantunya bagi mencari sesuatu yang membentuk tenaga keseimbangan terhadapnya, seperti lelaki menyukai perempuan. maka kebiasaannya, apabila seseorang cederung menyukai warna-warna lembut ataupu sejuk seperi biru, putih dan violet, mungkin sebenarnya warna personalitinya daripada keluarga panas iaitu kuning, jingga ataupun merah.

Namun begitu, ia tidaklah bersifat tetap kerana faktor minat dan kesukaan seseorang pada sesuatu warna berubah-ubah dari masa ke semasa. banyak faktor yang mempengaruhi kecenderungan seseorang dalam memilih sesuatu warna sebagai warna kesukaannya. antara faktor itu adalah seperti faktor genetik, didikan, memori silam, kepercayaan keluarga, budaya, bangsa, agama, politik dan sebagainya lagi.


Berikut adalah beberapa pandangan yang mengambarkan ciri-ciri saudara ataupun sesuatu nilai yang saudara miliki apabila saudara minat pada sesuatu warna.


MERAH
  • sekiranya saudara menyukai merah, ia mengambarkan saudara sukakan kebebasan, cabaran dan mahu menjana kejayaan dalam hidup. saudara sukakan pembaharuan dan inginkan kemajuan dalam pemikiran dan aktiviti. saudara juga mudah bersimpati dengan kesusahan orang lain namun saudara memiliki sikap degil atau keras hati menerima sesuatu yang saudara tidak setuju. selain itu, saudara juga optimis dan lantang dalam menyuarakan pendapat.

JINGGA
  • Sekiranya saudara menyukai jingga, ia mengambarkan saudara seseorang yang bagus dalam hal kerja, sukakan idea baru, suka bersama teman-teman, seorang yang setia, bertenaga dan kreatif. Walau bagaimanapun, saudara juga beremosi dan kurang berkeyakinan apabila mengalami tekanan.

KUNING
  • Sekiranya saudara menyukai kuning, ia mengambarkan saudara berfikiran terbuka dan ceria, mempunyai daya imaginasi yang baik dan bertanggungjawab pada keperluan diri dan orang lain. saudara juga sensitif dan penyayang, ini menjadikan saudara sedia membantu orang lain sekiranya perlu. saudara juga pentingkan isu keselamatan dan keselesaan dalam setiap aspek kehidupan.

HIJAU
  • Sekiranya saudara menyukai hijau, ia mengambarkan saudara seorang yang mementingkan kesejahteraan dan suasana yang harmoni. saudara mempunyai tarikan yang tersendiri dan mampu membina perhubungan dengan ramai orang. saudara mahukan dorongan dan sukakan penyokong yang dapat memahami saudara serta menolak saudara maju ke hadapan. Institusi keluarga dan masyarakat adalah sesuatu yang saudara suka untuk fikir dan bicarakan.

BIRU
  • Sekiranya saudara menyukai biru, ia mengambarkan saudara mahu lebih terhubung dan mesra dalam sesuatu ikatan atau perhubungan. saudara memerlukan pengisian yang lebih rapat dan hangat bagi menghidupkan rasa kasih sayang yang ikhlas ke dalam diri. saudara juga peka pada perasaan orang lain dan dapat menghayatinya. saudara senang berbicara dan lebih terbuka bagi membina kenalan baru namun terlalu berhati-hati dalam memulakan langkah dengan lebih yakin. saudara bijak menilai serta pandai mengatur bahasa kata bagi mentafsirkan penilaian saudara itu. kedamaian dan keharmonian hidup merupakan impian yang perlu saudara terus cari dan nikmati.



:: Hayatilah ::