Warna pilihan atau kesukaan memainkan peranan dalam mentafsir sikap dan personaliti seseorang. apabila saudara cenderung meminati sesuatu warna, saudara seolah-olah sedang mengambarkan sikap atau keperibadian saudara sendiri. warna pilihan tidak semestinya sama dengan warna personaliti diri. ia mungkin lebih mengambarkan kecenderungan daya pemikiran dan kemahuan seseorang. sesuatu yang saudara minat atau suka kemungkinan adalah sesuatu yang bersifat berlawanan dengan warna personaliti saudara. dalam erti kata lain, warna yang saudara suka adalah sesuatu yang tiada pada saudara. fitrah manusia membantunya bagi mencari sesuatu yang membentuk tenaga keseimbangan terhadapnya, seperti lelaki menyukai perempuan. maka kebiasaannya, apabila seseorang cederung menyukai warna-warna lembut ataupu sejuk seperi biru, putih dan violet, mungkin sebenarnya warna personalitinya daripada keluarga panas iaitu kuning, jingga ataupun merah.
Namun begitu, ia tidaklah bersifat tetap kerana faktor minat dan kesukaan seseorang pada sesuatu warna berubah-ubah dari masa ke semasa. banyak faktor yang mempengaruhi kecenderungan seseorang dalam memilih sesuatu warna sebagai warna kesukaannya. antara faktor itu adalah seperti faktor genetik, didikan, memori silam, kepercayaan keluarga, budaya, bangsa, agama, politik dan sebagainya lagi.
Berikut adalah beberapa pandangan yang mengambarkan ciri-ciri saudara ataupun sesuatu nilai yang saudara miliki apabila saudara minat pada sesuatu warna.
MERAH
- sekiranya saudara menyukai merah, ia mengambarkan saudara sukakan kebebasan, cabaran dan mahu menjana kejayaan dalam hidup. saudara sukakan pembaharuan dan inginkan kemajuan dalam pemikiran dan aktiviti. saudara juga mudah bersimpati dengan kesusahan orang lain namun saudara memiliki sikap degil atau keras hati menerima sesuatu yang saudara tidak setuju. selain itu, saudara juga optimis dan lantang dalam menyuarakan pendapat.
JINGGA
- Sekiranya saudara menyukai jingga, ia mengambarkan saudara seseorang yang bagus dalam hal kerja, sukakan idea baru, suka bersama teman-teman, seorang yang setia, bertenaga dan kreatif. Walau bagaimanapun, saudara juga beremosi dan kurang berkeyakinan apabila mengalami tekanan.
KUNING
- Sekiranya saudara menyukai kuning, ia mengambarkan saudara berfikiran terbuka dan ceria, mempunyai daya imaginasi yang baik dan bertanggungjawab pada keperluan diri dan orang lain. saudara juga sensitif dan penyayang, ini menjadikan saudara sedia membantu orang lain sekiranya perlu. saudara juga pentingkan isu keselamatan dan keselesaan dalam setiap aspek kehidupan.
HIJAU
- Sekiranya saudara menyukai hijau, ia mengambarkan saudara seorang yang mementingkan kesejahteraan dan suasana yang harmoni. saudara mempunyai tarikan yang tersendiri dan mampu membina perhubungan dengan ramai orang. saudara mahukan dorongan dan sukakan penyokong yang dapat memahami saudara serta menolak saudara maju ke hadapan. Institusi keluarga dan masyarakat adalah sesuatu yang saudara suka untuk fikir dan bicarakan.
BIRU
- Sekiranya saudara menyukai biru, ia mengambarkan saudara mahu lebih terhubung dan mesra dalam sesuatu ikatan atau perhubungan. saudara memerlukan pengisian yang lebih rapat dan hangat bagi menghidupkan rasa kasih sayang yang ikhlas ke dalam diri. saudara juga peka pada perasaan orang lain dan dapat menghayatinya. saudara senang berbicara dan lebih terbuka bagi membina kenalan baru namun terlalu berhati-hati dalam memulakan langkah dengan lebih yakin. saudara bijak menilai serta pandai mengatur bahasa kata bagi mentafsirkan penilaian saudara itu. kedamaian dan keharmonian hidup merupakan impian yang perlu saudara terus cari dan nikmati.
0 comments:
Post a Comment