BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »


Saturday, March 20, 2010

Solat Itu Cahaya....





الصلاة نور....

...potongan matan hadis dari tajuk Hadis tingkatan 3 yang dipelajari hari itu...

" solat itu cahaya".... kata ustazah lina....

" cahaya macamana tu ustazah?".... berkerut muka murid2ku

Terfikir di dalam mindaku bagaimana aku ingin murid2ku dapat menggambarkan apa yang di sebut dalam hadis ini....

Ok murid-murid ... ustazah mahu semua orang pejam mata.... dengar apa yang ustazah cakap... dan cuba bayangkan ok..... pejam mata tau....

"Gambarkan.....kamu semua berada di sebuah tanah yang lapang... pada waktu malam yang gelap.... cuba kamu dongakkan kepala ke langit... MasyaAllah... banyaknya bintang!!.. berkelip-kelip.. terang....cantiknya...

sekarang kamu berada di tempat yang sangat tinggi.... tinggi lagi sampai ke angkasa... kamu tunduk ke bawah... kamu nampak dunia... kamu lihat di dunia itu juga ada cahaya berkelip-kelip seperti bintang... MasyaAllah .. cantiknya...

itulah rumah-rumah orang yang tunaikan solat... jika emak kita solat... ayah kita solat.. kita dan adik beradik lain juga solat.... rumah kita akan bercahaya seperti bintang di langit....

tetapi jika emak kita tidak solat... ayah pun tidak solat... kita dan adik beradik lain pun tidak solat... maka rumah kita akan menjadi gelap seperti gelapnya kawasan kubur pada malam yang gelap...

Ok murid-murid buka mata sekarang.... eh ada yang pejam lagi?
"saya nak tengok betul-betul la ustazah.. macamana rumah saya tu...?... he3


Begitu juga disebutkan dalam hadis yang lain....

أَمَّ صَلاَةُ الرَّجُلُ فِي بَيْتِهِ فَنُورٌ
فَنَوِّرُوا بُيُوتَكُمْ
adapun solat seseorang itu di dalam rumahnya adalah cahaya .. maka terangilah rumah-rumah mu....
berimaginasi yang membawa fikir...

Ingati 2 & Lupakan 2

INGAT 1

Ingatlah kebaikan orang kepada kita.

Setiap kebaikan yang orang lakukan kepada kita, ingat-ingatkan selalu. Ia menerbitkan rasa betapa bertuahnya diri sering menerima kebaikan itu. Namun dalam banyak-banyak pihak yang memberikan kebaikan, ingatlah kebaikan Pihak yang paling berjasa kepada kita iaitulah ALLAH.

Jika kita bertuah memiliki ibu bapa yang penyayang, isteri yang baik hati, suami yang luhur budi, anak-anak penyejuk mata dan hati, tidak teringinkah kita untuk mengetahui siapa Pengirim semua itu kepada kehidupan ini?

LUPA 1

Di samping mengingati kebaikan orang kepada kita,
lupa-lupakanlah kebaikan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa. Jangan diungkit-ungkit, jangan disebut-sebut. Apatah lagi dengan tujuan mahu menyakiti.

"
Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan Hari Akhirat" (Al-Baqarah: 264)

Dan jangan sekali-kali diungkit ibadah kita kepada-Nya.

Segala-galanya terlalu halus, remeh dan kecil, jika dibandingkan dengan mana-mana nikmat yang pernah dikurniakan-Nya kepada diri ini.

INGAT 2

Setelah bercakap tentang kebaikan, ada seperkara yang perlu diingat selalu.

Ingat-ingatlah keburukan dan kesalahan yang pernah kita lakukan kepada manusia. Kenang selalu kesilapan kita pada tutur kata dan tingkah laku, jangan mudah dipadam dan dibiarkan pergi tanpa ada pelajaran yang diambil darinya.

Kenangkan ia, ingatkan selalu.

Bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

Dalam banyak-banyak keburukan yang pernah kita lakukan kepada sesiapa, dosa dan kejahatan kita terhadap Allah itulah yang paling melata, setiap detik dan masa.

Istighfar selalu… kenang-kenangkan salah kita kepada Dia.

Sesungguhnya dosa yang paling merbahaya ialah apabila tiada rasa berdosa. Lupa pada segala jahat kita kepada-Nya, dek satu ujian yang ditimpakan-Nya ke atas kita.

Ingat-ingatlah kekurangan diri ini, kesilapan dan kesalahan yang pernah dilakukan selama ini, bukan untuk menyeksa diri, tetapi agar berhati-hati.

LUPA 2

Manakala
keburukan dan kesalahan orang kepada kita, lupa-lupakanlah ia.

Manusia yang paling tidak bahagia ialah manusia yang gagal memaafkan kesalahan orang terhadapnya. Berdendam siang dan malam, memikul beban sepanjang masa.

Orang yang dimarahi sudah pun menyambung hidup gembira hati, kita yang gagal memaafkan dia, terus terseksa mengheret dirinya ke dalam diri, ke sudut mana sekali pun kita pergi.

Deritanya hidup jika gagal memberi maaf, gagal melupakan salah orang kepada kita.

(dipetik dengan sedikit pengubahsuaian daripada
www.saifulislam.com)

Saturday, February 20, 2010

AYAT KURSI


KELEBIHAN AYAT KURSI

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W, " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit saja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.


SABAR ITU INDAH......


Menghiasi diri dengan sifat sabar merupakan akhlak orang-orang mulia. mereka menghadapi kesulitan hidup dengan berlapang dada, tidak mudah menyerah, serta penuh kepercayaan diri. kerana itu, jika kita bersabar, apa lagi yang boleh kita lakukan?

Apakah anda mempunyai penyelesaian yang lain daripada bersabar?Dan apakah anda mengetahui senjata lain selain daripada kesabaran untuk menghadapi persoalan hidup?

Suatu ketika seorang tokoh menghadapi pelbagai musibah yang datang silih berganti dalam hidupnya dan juga berbagai kesulitan yang berlumba untuk menghancurkannya. setiap kali selesai daripada satu kesulitan, kesulitan yang lain pula datang mengunjunginya. meskipun demikian, ternyata ia mampu menepis segala kesulitannya itu dengan penuh kesabaran dan menjadikan kepercayaannya terhadap Allah sebagai perisai diri daripada kehancuran.

Demikianlah yang dilakukan oleh orang-orang yang mulia dan terhormatitu dalam berjuang melawan setiap dugaan dan mencampakkan semua kesulitan hidupnya terkapar di atas tanah.

Bersabarlah! Akan tetapi, ketahuilah bahawa anda tidak mampu bersikap sabar, kecuali atas pertolongan dan taufiq dari Allah. bersabarlah sebagaimana kesabaran orang yang yakin akan datangnya pertolongan Allah, orang yang tahu akan sebaik-baik tempat kembali, orang yang mengharapkan pahala, dan orang yang mengharapkan terhapusnya dosa. Bersabarlah, meskipun anda menghadapi pelbagai persoalan hidup dan menghalangi jalan yang akan anda tempuhi. sesungguhnya pertolongan akan datang setelah kesabaran, kelapangan akan datang setelah kesusahan dan kemudahan akan datang setelah kesulitan.


WARNA CERMIN DIRI ANDA!!!!


Warna pilihan atau kesukaan memainkan peranan dalam mentafsir sikap dan personaliti seseorang. apabila saudara cenderung meminati sesuatu warna, saudara seolah-olah sedang mengambarkan sikap atau keperibadian saudara sendiri. warna pilihan tidak semestinya sama dengan warna personaliti diri. ia mungkin lebih mengambarkan kecenderungan daya pemikiran dan kemahuan seseorang. sesuatu yang saudara minat atau suka kemungkinan adalah sesuatu yang bersifat berlawanan dengan warna personaliti saudara. dalam erti kata lain, warna yang saudara suka adalah sesuatu yang tiada pada saudara. fitrah manusia membantunya bagi mencari sesuatu yang membentuk tenaga keseimbangan terhadapnya, seperti lelaki menyukai perempuan. maka kebiasaannya, apabila seseorang cederung menyukai warna-warna lembut ataupu sejuk seperi biru, putih dan violet, mungkin sebenarnya warna personalitinya daripada keluarga panas iaitu kuning, jingga ataupun merah.

Namun begitu, ia tidaklah bersifat tetap kerana faktor minat dan kesukaan seseorang pada sesuatu warna berubah-ubah dari masa ke semasa. banyak faktor yang mempengaruhi kecenderungan seseorang dalam memilih sesuatu warna sebagai warna kesukaannya. antara faktor itu adalah seperti faktor genetik, didikan, memori silam, kepercayaan keluarga, budaya, bangsa, agama, politik dan sebagainya lagi.


Berikut adalah beberapa pandangan yang mengambarkan ciri-ciri saudara ataupun sesuatu nilai yang saudara miliki apabila saudara minat pada sesuatu warna.


MERAH
  • sekiranya saudara menyukai merah, ia mengambarkan saudara sukakan kebebasan, cabaran dan mahu menjana kejayaan dalam hidup. saudara sukakan pembaharuan dan inginkan kemajuan dalam pemikiran dan aktiviti. saudara juga mudah bersimpati dengan kesusahan orang lain namun saudara memiliki sikap degil atau keras hati menerima sesuatu yang saudara tidak setuju. selain itu, saudara juga optimis dan lantang dalam menyuarakan pendapat.

JINGGA
  • Sekiranya saudara menyukai jingga, ia mengambarkan saudara seseorang yang bagus dalam hal kerja, sukakan idea baru, suka bersama teman-teman, seorang yang setia, bertenaga dan kreatif. Walau bagaimanapun, saudara juga beremosi dan kurang berkeyakinan apabila mengalami tekanan.

KUNING
  • Sekiranya saudara menyukai kuning, ia mengambarkan saudara berfikiran terbuka dan ceria, mempunyai daya imaginasi yang baik dan bertanggungjawab pada keperluan diri dan orang lain. saudara juga sensitif dan penyayang, ini menjadikan saudara sedia membantu orang lain sekiranya perlu. saudara juga pentingkan isu keselamatan dan keselesaan dalam setiap aspek kehidupan.

HIJAU
  • Sekiranya saudara menyukai hijau, ia mengambarkan saudara seorang yang mementingkan kesejahteraan dan suasana yang harmoni. saudara mempunyai tarikan yang tersendiri dan mampu membina perhubungan dengan ramai orang. saudara mahukan dorongan dan sukakan penyokong yang dapat memahami saudara serta menolak saudara maju ke hadapan. Institusi keluarga dan masyarakat adalah sesuatu yang saudara suka untuk fikir dan bicarakan.

BIRU
  • Sekiranya saudara menyukai biru, ia mengambarkan saudara mahu lebih terhubung dan mesra dalam sesuatu ikatan atau perhubungan. saudara memerlukan pengisian yang lebih rapat dan hangat bagi menghidupkan rasa kasih sayang yang ikhlas ke dalam diri. saudara juga peka pada perasaan orang lain dan dapat menghayatinya. saudara senang berbicara dan lebih terbuka bagi membina kenalan baru namun terlalu berhati-hati dalam memulakan langkah dengan lebih yakin. saudara bijak menilai serta pandai mengatur bahasa kata bagi mentafsirkan penilaian saudara itu. kedamaian dan keharmonian hidup merupakan impian yang perlu saudara terus cari dan nikmati.

Tuesday, January 19, 2010

CEMERLANGKAN DIRI MU !!!!

Strategi Belajar Berkesan

Setiap pelajar inginkan apa yang dipelajari itu akan mendatangkan kesan.

Belajar secara berkesan bukanlah dikira jumlah jam belajar atau berapa banyak perkara yang dapat dihafal.

Belajar secara berkesan perlulah mengandungi 3 komponen tindakan.


1. Mengulangkaji: Kebiasaannya apabila menyebut perkataan ulangkaji ramai pelajar menganggapkan tindakan yang perlu dilakukan hanyalah terhad pada pembacaan sahaja. Tindakan mengulangkaji sebenarnya dapat dilakukan dengan beberapa cara termasuk menyemak semula apa yang telah dipelajari, memahami konsep, menghafal formula atau istilah yang penting, menganalisis isi-isi penting atau mengenal pasti kelemahan dan kekeliruan yang dihadapi serta mencatat semula isi-isi tersebut dalam bentuk nota ringkas, peta minda, peta konsep atau pengurusan grafik.


2. Merujuk: Merujuk bahan tambahan, bertanya dengan guru atau berbincang dengan rakan adalah amat penting dalam proses mengulangkaji. Rujukan boleh dilakukan melalui bahan cetak seperti buku rujukan, akhbar dan majalah. Pendidikan Utusan adalah merupakan satu contoh yang baik sebagai bahan untuk pelajar-pelajar membuat rujukan. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web seperti Portal Pendidikan Utusan (www.tutor.com.my) yang secara khusus memberi maklumat tentang mata pelajaran utama peperiksaan awam. Rujukan juga boleh dibuat melalui laman web yang mengandungi maklumat yang boleh dicari melalui enjin pencari maklumat (contoh: www.yahoo.com)


3. Membuat latihan: Latihan boleh dilakukan dalam bentuk latih tubi, kuiz, soal jawab atau menganalisis soalan-soalan tahun lalu serta merangka jawapannya.


Ketiga-tiga komponen di atas perlulah diintegrasikan agar proses belajar dapat dialami secara lebih berkesan tanpa berasa bosan, tertekan atau mengantuk.

Saturday, January 9, 2010

Petua Belajar Berkesan

Pengenalan


Belajar pun ada petua. Petua bukan sahaja untuk muka,untuk memasak,untuk menguruskan badan malah petua untuk belajar pun ada juga. Petua ini sangat penting untuk pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam belajar atau untuk mengingat nota-nota penting. Insyallah...jika anda amalkan dengan cara yang betul,anda akan nampak hasilnya.

Dengan ini, para pengkaji telah menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan. Terpulang kepada anda sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah untuk difahami. Beberapa teknik atau petua belajar diutarakan untuk membantu pelajar belajar dengan CEMERLANG.

Petua Belajar 5R-STUV
  1. Recopy (salin semula)
  2. Rework all model 5x (buat semula contoh/cepat/5x)
  3. Recite out loud Repeatedly (lafaz kuat berulang kali)
  4. Recheck (semak semula)
  5. Reasonnablenes (jawapan berpatutan/sebaliknya)
  1. S-sumarize (ringkaskan nota penting)
  2. T-test your self (uji diri anda)
  3. U-use (gunakan)
  4. V-visualize (bayangkan selalu)
Petua Belajar Secara Pembayangan


Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisis dan penggunaan tangan kanan.


Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri.


Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki, amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubung kait dengan pelajaran.


Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan dengan gunakan setiap saat yang ada untuk mengkhayal atau membayangkan pelajaran.


Teknik pembayangan perlukan penumpuan. Penumpuan yang serius amat perlu. Sebaik-baiknya suasana yang sunyi sepi seperti semasa berehat, semasa berbaring sebelum tidur malam, semasa duduk berseorangan menenangkan fikiran, semasa menumpang bas atau teksi, semasa di stesen bas dan lain-lain.


Sebagai contoh, kita ambil suasana berbaring sebelum tidur. Bilik sudah gelap, Keadaan sunyi sepi. Dalam suasana ini, tenangkan fikiran. Mula bayangkan soalan-soalan, sifir, graf atau peta minda dan apa juga yang telah dipelajari. Bayang ia satu demi satu. Untuk menguatkan tumpuan tulis, lukis apa yang diingat di atas tilam dengan menggunakan telunjuk anda. Amalkan ini setiap malam. Soal diri anda, satu ke satu soalan, mata pelajaran ke mata pelajaran sehinggalah tertidur. Ulangi bila terbangun di tengah malam. Amalkan ia dari sehari ke sehari, seminggu ke seminggu, sebulan ke sebulan bermula dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6. Bila ruangan khayalan ini dipositifkan dengan fikiran sehat, anda akan rasakan hasil usaha ini. Bagi anda yang belum mengamalkannnya, cuba mulakan dari sekarang.



Rahsia pengurusan masa pelajar yang CEMERLANG!!!

  1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
  2. Masa terbangun di tengah malam ( Belajar seperti No.1)
  3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi. Bayangkan pelajaran semalam.
  4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
  5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
  6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
  7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
  8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
  9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
  10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
  11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
  12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
  13. Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat)
  14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
  15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah)
  16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
  17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
  18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
  19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
  20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)

MASA PALING MUJARAB DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG

MASA BELAJAR WAKTU SUBUH


Masa lain yang boleh dimanfaatkan...

  1. Masa ditelefon-pendekatan perbualan
  2. Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan)
  3. Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota)
  4. Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda)
  5. Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat)
  6. Masa mendengar radio (kurangkan masa)
  7. Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota)
  8. Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)

Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan berdisiplin, pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.



Teknik Belajar PV3R

  1. Preview (tinjauan awal)
  2. Question (soal diri)
  3. Read & Underline (Baca,garis dan tanda)
  4. Recite & write (lafaz dan tulis nota)
  5. Review (tinjauan akhir)
  6. Sumarize (ringkaskan)
  7. Test your self (uji diri anda)
  8. Use (gunakan)
  9. Visualize (bayangkan)


7 Petua Cemerlangkan Otak

  1. Positive mental attitude & positive physical action.
  2. Air-clean air for the brain.
  3. Mental Challenges for the brain.
  4. Food for the brain.
  5. Exercise for the brain.
  6. Sleep for the brain.
  7. Meditation & power brain./


Petua Meningkatan Daya Ingatan

  1. Faham.
  2. Jarakkan/pecahkan masa belajar.
  3. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat.
  4. Percaya pada diri sendiri.
  5. Ulang berkali-kali.
  6. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu.
  7. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur.
  8. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang).



:: Hayatilah ::